Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Ayam Bakar Mayonise

Imej
Salam Sumer.....hr ni aku cube resipi baru untuk lunch n bfast..... b/fast buat roti sosej....Alhamdulillah jadi anak2 n en somi makan.... Untuk makan tengahari plak aku masak ayam bakar mayonise....huh sedap hingga menjilat jari....tq untuk Mat Gebu sebab dgn resipi dia aku jd buat ayam bakar mayonise.... Resipi Ayam Bakar Mayonise 8 ketul drumstick 1 sudu besar mayonise 2 ulas bawang putih ** tumbuk 1/2 cm halia** tumbuk 1 sudu besar lada hitam ** tumbuk 1 sudu besar kicap manis 1 sudu besar sos tiram Cara : Campur semua bahan dan ayam, perap selama 1/2 jam lagi lama lagi sedap... Bakar hingga masak.. Taraaaaa dah pun masak

Hari Ini Dalam Sejarah

Imej
Salam semua.       Hampir 31thn aku idup, tak penah terlintas di hati nak melawat umah ank2 yatim, tapi hari ini aku join Lawatan Perkep ke umah anak2 yatim di Kanchung Darat, Banting. Sebak hati aku masa mula2 sampai bila menatap wajah mulus anak2 yatim yang menyambut kedatangan rombongan kami, hampir menitis air mata aku.       Betapa daifnya kehidupan mereka, hidup dengan belas ihsan sepasang suami isteri yang menjaga makan, minum, pakai dan sekolah mereka. Semoga Allah membalas jasa baik mereka kepada anak2 yatim. Bila aku pk kan balik, betapa beruntungnya aku, ada seorang ibu yang terlalu gigih membesarkan kami, Mek...terima kasih. Aku bersyukur kerana aku tidak termasuk dalam kumpulan itu.                 Sape nak Hidup di dunia ini tak beribu dan berayah. Bermula dari pukul 8.30pg kami berkumpul di IPD dan menaiki bas ke Kanchung Darat... Sesampai di sana kami disambut dengan akti...

Khasiat Susu Ibu

Imej
  Betul lah kata org tua2. Susu ibu tinggi khasiatnye. Nak cerita untuk semua, hari tu taska tepon Azim demam. Balik keje terus berkejar2 ke taska amik dia bawak p klinik. Test suhu badan 39.1 darjah, sehari seblm tu mata dia memang merah, aku ingat masuk sabun ke ape. Bila bawak g klinik doktor kata sakit mata. Apa lagi doktor bagi ubat titis dan ubat demam. Dalam seminggu aku titis jer ubat tu ikut macam doktor tulis, tp mcm xberubah sangat. Aku tepon mek kat kampong, dia kata cuba titis air susu badan. Tanye kat org tua2 kt sini pun sama gak ubat dia...susu badan. yang nasib baiknye sendiri susu masih ade, ape lagi aku titiskan lah. Baru 2-3 malam aku titiskan, memang nampak kurang. Sekarang ni si abang pulak sakit mate. Aku xpasti dia dah besar boleh lagi ke aku titis susu badan, tapi aku buat2 tahu titis la jugak. Baru masuk 3 malam aku titis, tapi si abang ni suke genyeh2 mata. Kalo orang kata susu ibu tinggi khasiat memang aku akui.

© Maher Zain - For the Rest of My Life

Imej

Kek Marble Jadi

Imej
Bahan A 300g mentega (pada suhu bilik) 280g tepung gandum* 1 camca teh soda* 1 camcabesar susu tepung* (* ayak bersama) Bahan B 5 biji telur gred A 250g gula kastor 1 camca teh ovalette Bahan c 20g air 1/2 camca teh esen vanila 1 camca teh coklat emulco Cara-cara 1 - Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yang telah diayak. Gaul rata dengan mentega dan ketepikan. 2 - Dalam mangkuk kering yang lain, satukan bahan B. Dengan menggunakan kelajuan yang tinggi, pukul hingga kembang dan gebu seperti adunan kuih bahulu. 3 - Perlahankan kelajuan , masukkan bahan A yang telah dipukul tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan air dan gaul rata. 4 - Bahagikan kepada dua (2) bahagian, satu campur coklat emulco dan satu bahagian lagi kosong dicampur esen vanila. 5 - sapu loyang dengan majerin/mentega dan alas dengan kertas minyak. Tuangkan adunan selang seli hingga habis. Bila sudah siap, buat 3-4 pusingan dengan ekor sudu pada adunan kek tadi. 6- Bakar pada suhu 160 dar...

LUPA PASSWORD

Imej
     Gambar sekadar hiasan        Lama tak mencoret dalam blog sdiri....masalah dah setel, pasword dah jumpe. Lega xterkata. Di pendekkan cerita, pejam celik....pejam celik dah hampir setahun aku di Ipd S/A. Xkenal maka xcinta....dah kenal bagai nk gile. Dulu tgk hanya pada rupa dan dengar kaba hanya pada cerite..tp bila dah selami isi dalam br tau comey ke idak. 19 April ni setahun la aku kat situ, suke ke xsuke kena hadap. Nk buat macam mane, Tuhan tahu aku boleh hadap tu yang Dia bg aku dugaan ini, kawan2 best....keje tu macm biase la. Keje mana yang best sume xbest (hok sedak duk ssajo)....memang best.      Tapi banyak benda yng terjadi akan jadi kenangan dan ingatan....xkan lupe sampai bila2. Ape orang buat kat kite, ape yang buat hati terasa...xkan lupe sampai bile2. Sokongan dan dorongan org terdekat dan tersayang buat penambah semangat yang hampir hilang bila pkkan tempat tercampak. Trimo kasih banyak2 wak, syg awak samp...