Hari Ini Dalam Sejarah

Salam semua. 

    Hampir 31thn aku idup, tak penah terlintas di hati nak melawat umah ank2 yatim, tapi hari ini aku join Lawatan Perkep ke umah anak2 yatim di Kanchung Darat, Banting. Sebak hati aku masa mula2 sampai bila menatap wajah mulus anak2 yatim yang menyambut kedatangan rombongan kami, hampir menitis air mata aku. 

    Betapa daifnya kehidupan mereka, hidup dengan belas ihsan sepasang suami isteri yang menjaga makan, minum, pakai dan sekolah mereka. Semoga Allah membalas jasa baik mereka kepada anak2 yatim. Bila aku pk kan balik, betapa beruntungnya aku, ada seorang ibu yang terlalu gigih membesarkan kami, Mek...terima kasih. Aku bersyukur kerana aku tidak termasuk dalam kumpulan itu.  



  

       

 Sape nak Hidup di dunia ini tak beribu dan berayah. Bermula dari pukul 8.30pg kami berkumpul di IPD dan menaiki bas ke Kanchung Darat... Sesampai di sana kami disambut dengan aktiviti yang telah disusun oleh wakil dari Jakim. Antara aktiviti yang dijalankan persembahan nasyid oleh anak2 yatim dan kuiz yang disediakan oleh pihak Jakim. 

    Kira meriah jugak la aktiviti yang diadakan. Kemudian penyampian sumbangan dari Perkep IPD S/A. Semoga Allah memurahkan rezeki pada yang memberi sumbangan tersebut. Pengerusi Perkep mewakili untuk penyampian sumbangan tersebut. Setelah segalanya selesai, rombongan kami berangkat pulang. Walaupun tempat itu ditinggalkan namun wajah anak2 yatim tetap terpahat di ingatan. Semoga Allah memanjangkan umur dan memurahkan rezeki mereka semua. 

Aamiin

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKU TERIMA NIKAHNYA

RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Resipi Mee Kuah