AKU TERIMA NIKAHNYA


πŸ’–BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..πŸ’–

    πŸ’•AKU TERIMA NIKAHNYA.... Bila sebut terlalu mudah kan...tapi tanggungjawabnya lebih besar dari gunung.  Xkira suami atau isteri, masing-masing ada tanggungjawab yang perlu dipikul.  Tanggungjawab suami menjaga, memimpin dan mentadbir.  Tanggungjawab isteri pun lebih kurang sama yang paling penting sama-sama cuba capai tujuan yg sama.  Tujuannya untuk mengukuh ikatan yang dibina agar tidak karam di tengah jalan. 

    πŸ’•Sama-sama berjanji sanggup lakukan apa saja bagi memastikan istana yang dibina kukuh dan utuh diselaputi kasih dan sayang.  Indah sebuah rumahtangga bila dua pihak saling melengkapi. Dalam perkahwinan tidak perlu cari kesempurnaan, sama-sama sempurnakan sebuah ikatan yang dibina. 

    πŸ’•Tanggal 27 Mei 2006 tepat pukul 2.00 petang, terpaterinya sebuah ikatan suami isteri yang dibina atas dasar cinta, kasih dan sayang.  Jodoh pertemuan yang Allah aturkan terlalu indah terlalu cantik.  Dari hubungan sahabat bertukar menjadi sebuah ikatan yang xternilai harganya bagi aku.

Tandatangan keramat yang telah 
mengubah sebuah kehidupan
                                        

    πŸ’•Berkerja di bawah satu bumbung yang mana pada mula tercipta sebuah persahabatan selama hampir lebih kurang satu tahun setengah, kemudiannya bertukar kepada sebuah rasa yang lebih indah.  Dan ianya berjalan hampir 10 bulan.  


    πŸ’•Dah jodoh, ikatan pertunangan hanya termeteri hanya 4 bulan.  Akhirnya kami diberi masa selama sebulan untuk persiapkan mental dan fizikal. **macam game fear factor kan**...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    πŸ’•Susah perit terkejar-kejar menyelesaikan semuanya dalam masa sebulan.  Semuanya dengan kehendak Allah swt, semuanya berjalan lancar.  Semuanya lancar mengikut perancangan, kau jadi milikku dan aku menjadi milikmu..semoga kekal hingga keabadian hendakNya. 

Dari mata turun ke hati...
kurang 24 jam aku menjadi isterimu


Hari ke3 Aku isterimu...kening botak oiii


πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™
 πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™ 


Fasa 1 - 0 hingga 5 tahun.  

    πŸ’•Fasa paling sukar, andai kami rebah mungkin kami kalah. Alhamdulillah saling melengkapi kami tempuh dengan tabah dan sabar.  Dikurniakan 2 buah cinta yang terlalu sempurna dan terlalu indah xmampu digambarkan dengan kata-kata.  
Heroku...i love u.

my soul my spirit my everything


   πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™
   πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™


Fasa 2 - 6 hingga 10 tahun

    πŸ’•Alhamdulillah, berjaya melangkah ke satu fasa lagi, pastinya makin hebat dugaannya.  Allah saja yang tahu, dugaan yang dihantar terlalu hebat.  Betul la org kata dugaan kewangan bila di fasa 2 ini cukup-cukup menguji kita.  Namun Allah Maha Mengetahui, Dia tahu setakat mana kemampuan kita. Dia xuji hambaNya bukan diluar kemampuan.  Pegang ayat tu, insya Allah kita mampu.  Di fasa ini juga, hadirnya lagi penyeri.  Sekuntum bunga yang terlalu indah,, cukup sempurna.  


πŸ’—completement our loveπŸ’—


πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™
πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™


Fasa 3 - 11 hingga 15 tahun

    πŸ’•Tinggal selangkah jer lagi hampir lengkap fasa 3.  Bertahan dan terus bertahan demi sebuah kehidupan di masa akan datang. Ya Allah, teguhkan hati-hati kami, satukan hati-hati kami, kukuhkan ikatan cinta kami, sejukkan istana kami, semoga kami terus kuat Ya Allah.  Jangan Kau uji kami di luar kemampuan kami Ya Allah. Luaskan rezekiMu buat kami Ya Allah. Permudahkan segala urusan rumahtangga kami, urusan dunia dan akhirat kami. Aamiin

Ber5...

    πŸ’•Cukup sampai sini je lah dl...sebenarnya dah xde idea nk mengarang. Cuma satu jer yg aku minta, semoga kami keluarga yg kecik ini besatu semula di jannah. Aamiin.

        πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œπŸ’™



πŸ‘ͺLOVE TILL JANNAHπŸ‘ͺ

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Resipi Mee Kuah