PKP 2020

Assalamualaikum

    Sebenarnya xtau nk mula dari mana. Nak story kenangan PKP 2020.  PKP ni singkatan bagi Perintah Kawalan Pergerakan kerana penyakit berjangkit atau nk mudah kerana wabak. Wabak yg semua manusia seluruh pelusuk dunia sangat takut Corona Virus. Atau nama glemernye COVID 19.

    Pandemik COVID-19, juga dikenali sebagai pandemik koronavirus ialah pandemik penyakit koronavirus 2019 yang berterusan secara global berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). Wabak ini pada mulanya dikesan pada pertengahan Disember 2019 di bandaraya Wuhan, Hubei, China, dan telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan  Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020.

    Ok la nk dijadikan cerita, sebelum cuti sekolah virus tu dah mula merebak dalam negara kita. 14 Mac 2020 cuti sekolah bermula. Kami sekeluarga bercadang balik bercuti di kampung. Disebabkan cuti sekolah hujung tahun 2019 kami xdapat balik kampung dan masa cuti raya cina pun kami xbalik. Walau dalam berat hati nk balik memandangkan bapa mertua dalam keadaan uzur dan berisiko dijangkiti. Kami balik jugak. 

    14.03.2020 kami bertolak dari Shah Alam dah lewat dari perancangan sebenar iaitu selepas sembahyang subuh. Lewat bertolak tu sebabnya berat hati nk balik. Malam tu kami sampai di rumah mak aku dl. Semalam di rumah mak, kami bersiap2 untuk balik ke Tanah Merah rumah mak mertua. Sesampai di sana tgk keadaan bapa mertua seakan xmengizinkan kami balik ke Shah Alam. Jadi aku buat keputusan sambung cuti sehingga hari Jumaat. 

    16 Mac 2020: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan PKP berkuat kuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan COVID-19. Jadi kami tersangkut di rumah mak mertua. Hati dah gusar tapi lega sbb PKP dijangka berakhir 31.03.2020. Dengan harapan selepas tarikh tu kami boleh bergerak balik ke rumah Shah Alam. 

    25 Mac 2020: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin umum pelanjutan tempoh PKP sehingga 14 April. Masa tu kami laki bini dah stress fikirkan rumah. Maksudnya sehingga 14.04.2020 sebulan la kami tinggalkan rumah. Dalam kepala ni duk risau takut elektrik trip. Silap aku jugak alihkan lauk basah ke peti dalam rumah. Kebiasaan kalau nk balik kampung aku letak lauk basah dlm deep freezer luar rumah..di yard dapur. Jadi kalau elektric trip pun kalau busuk lauk pun xbusuk dalam rumah. 

    Bermula PKP pertama aku masak macam2 juadah utk mak mertua dan bapa mertua. Lagi meriah adik ipar aku ada sekali. Bila ramai memang selera makan lain machiamm wehh.. Berat badan pun naik mendadak.  Kain baju semua ketat. 




Hidangan sarapan pagi hari pertama di rumah mertua. Kuih semua beli. Semua kegemaran aku.  Pulut pagi, kuih golek lengo(kuih bom), roti goreng, kasui, tepung bungkus dan tepung cucur(kuih topi).



Menu makan tengahari bermulanya PKP. Menu sup sayur, sup tulang, ayam goreng sos, ulam2an, daging bakar dan budu. Memang selera tu xleh nk kontrol langsung.





Bila PKP makin ketat, nk keluar rumah cr kue pun xleh, jd aku cuba masak menu pelbagai.
Nasi goreng kampung, mee goreng bodo. Desertnya Puding karamel tanpa telur. Alhamdulillah cukup la untuk kenyangkan perut kami.


    Banyak menu yang xpenah aku masak pun jadi menu hidangan kami sekeluarga. Yang paling xleh aku lupa menu Ayam Kampung Masak Asam Pedas. Mula2 aku cakap nk masak menu tu, semua muka pelik. Bila dah masak licin seperiuk asam pedas..nasi seperiuk xcukup. Sayangnye xsempat ambik gambar menu tu. Rumah mak mertua aku memang ada berpuluh ekor ayam kampung kacukan ayam hutan. Maklumla rumah kampung, ada ayam hutan sesat cr partner ayam bandar..hi3. 




Nasi lemak dan cucur adabi.  Janji ada.



Ini kisah dalgona coffe yang viral masa PKP. Tapi aku buat xjd sbb xcukup alat..
bila dah jadi testimoni bapak mertua aku, pahit melekat kat tekak dia kata. 
Aku pulak pening sampai ke malam.



Akhirnya pada 26.04.2020 - PM isytiharkan boleh rentas negeri dengan memohon melalui Aplikasi Gerak Malaysia. Rentas negeri dibenarkan pada 01 Mei 2020 bagi dari Pantai Timur ke Lembah Kelang.  Tapi menyedihkan kami xlepas untuk mendaftar dlam aplikasi tersebut kerana ada masalah untuk dapatkan no OTP.  Tarikh 01 Mei 2020 berlalu begitu saja.

Tapi pada 03 Mei 2020 aku nekad ajak suami rentas daerah untuk balik rumah mak aku memandangkan polis sudah benarkan rentas daerah di dalam Kelantan memandangkan Kelantan sudah diisytihar negeri hijau, bebas COVID 19.  Kami hanya perlu tempuh satu saja sekatan jalan raya, pelbagai soalan kena jawab. Akhirnya kami selamat sampai rumah mak aku.  

Pada 06 Mei 2020 Menteri Pertahanan mengisytiharkan boleh rentas negeri dengan memohon melalui aplikasi Gerak Malaysia.  

Akhirnya pada 08 Mei 2020 kami selamat mendarat di Bumi Shah Alam. Terkejut tengok rumah selepas hampir sebulan setengah tinggal, sarang labah-labah penuh, habuk xsoh cerita la hu3...sesak nafas dibuatnya.  Bernasib baiknya elektrik xde trip, lauk pauk pun masih ok, cuma kering sbb lama duk dlm peti ais. Mana yang boleh makan kami makan la, mana yang xboleh makan redha je la sedekah kat tong sampah.

Maka 12 Mei 2020 - bermula la kerja dengan mengikut SOP dan sistem penggiliran kerja iaitu 2 @ 3 hari seminggu kerja di pejabat dan kerja dari rumah.  Anak2 masih belum boleh kesekolah lagi, 24 jam mengadap tv dan handphone. 

Alhamdulillah sekarang ini semuanya hampir kembali ke normal tetapi masih lagi mengikut SOP yang ditetapkan iaitu memakai pelitup muka dan SOP2 yang lain. 

Semoga di masa akan datang wabak Covid ni cepat habis dan terputus terus rantaian.  Rindu nak jalani kehidupan yang normal macam dulu sebelum datangnya Covid 19.  Risaukan anak3 sekolah jer lah. 

Semoga kita semua terlindung dari dijangkiti. 

Sekian.  
























Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKU TERIMA NIKAHNYA

RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Resipi Mee Kuah